smile to others to show your respect :)

smile to others to show your respect :)
SmileSmileSmile.....

Selasa, 3 Januari 2012

MAKLUMAT PENTING UNTUK PEMBACA


LANGKAH UNTUK MENGHILANGKAN BEKAS GIGITAN NYAMUK

Bagi menghilangkan rasa gatal itu, hanya sediakan satu sudu makan garam. Seterusnya, masukkan ke dalam dua sudu makan air. Pastikan garam tersebut tidak larut. Akhir sekali ambil garam tersebut dan sapu pada bahagian yang gatal.



TIP UNTUK MENGHILANGKAN LIPAS

Ambilkan beberapa biji  buah pelaga dan letakkan di kawasan yang banyak lipas. Justeru itu, ia akan membantu menghalau atau membunuh lipas.


CARA UNTUK MENGHILANGKAN RASA PANAS BADAN

Caranya dengan menggunakan buah kembang semangkuk. Pertama, masukkan 3 biji buah kembang semangkuk ke dalam gelas. Kamudian, biarkan ia selama 4 jam dan seterusnya buah tersebut akan mengembang. Akhir sekali boleh masukkan sedikit gula dan minum sehingga badan terasa sejuk.


PANDUAN MENGHILANGKAN BEKAS MAKANAN

Bagi menghilangkan bau makanan yang melekat pada bekas makanan plastik adalah mudah. Ia hanya dengan merendamkan beberapa helai kertas surat khabar ke dalam bekas makanan tersebut selama beberapa jam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan