smile to others to show your respect :)

smile to others to show your respect :)
SmileSmileSmile.....

Selasa, 3 Januari 2012

TAHUKAH ANDA??


KEBAIKKAN BATUK UNTUK JANTUNG

Apabila seseorang batuk dengan kuat, dia sebenarnya sedang mengepam darah pada seluruh badan dan otak. Batuk yang dilepaskan mengikut tempoh masa tertentu akan membuatkan pesakit tersebut berada dalam keadaan sedar dan mencapai kadar denyutan yang berkesan.

KEPENTINGAN SINARAN MATAHARI

Sebenarnya, sinaran matahari membantu menghasilkan vitamin D. Selain itu, ia juga penting untuk mengelakkan beberapa jenis kanser berbahaya. Contohnya, sekiranya kita kurang terdedah kepada matahari sehingga 10% ia mampu mengelakkan pertumbuhan kanser payu dara. Pengurangan sebanyak 7% - 12% pula boleh mengakibatkan kanser usus.

MANFAAT TIDUR DALAM GELAP

Tidur dalam kegelapan mampu mencegah penyakit seperti kanser payudara atau kanser prostat. Hal ini demikian kerana hanya dalam keadaan yang gelap tubuh dapat menghasilkan hormon melantonin yang dapat mencegah penyakit. Cahaya pada masa tidur (malam) menyebabkan hormon semakin lemah.


MAKLUMAT PENTING UNTUK PEMBACA


LANGKAH UNTUK MENGHILANGKAN BEKAS GIGITAN NYAMUK

Bagi menghilangkan rasa gatal itu, hanya sediakan satu sudu makan garam. Seterusnya, masukkan ke dalam dua sudu makan air. Pastikan garam tersebut tidak larut. Akhir sekali ambil garam tersebut dan sapu pada bahagian yang gatal.



TIP UNTUK MENGHILANGKAN LIPAS

Ambilkan beberapa biji  buah pelaga dan letakkan di kawasan yang banyak lipas. Justeru itu, ia akan membantu menghalau atau membunuh lipas.


CARA UNTUK MENGHILANGKAN RASA PANAS BADAN

Caranya dengan menggunakan buah kembang semangkuk. Pertama, masukkan 3 biji buah kembang semangkuk ke dalam gelas. Kamudian, biarkan ia selama 4 jam dan seterusnya buah tersebut akan mengembang. Akhir sekali boleh masukkan sedikit gula dan minum sehingga badan terasa sejuk.


PANDUAN MENGHILANGKAN BEKAS MAKANAN

Bagi menghilangkan bau makanan yang melekat pada bekas makanan plastik adalah mudah. Ia hanya dengan merendamkan beberapa helai kertas surat khabar ke dalam bekas makanan tersebut selama beberapa jam.