MOMENT TO BE TRUTH
smile to others to show your respect :)

SmileSmileSmile.....
Selasa, 7 Februari 2012
Selasa, 3 Januari 2012
TAHUKAH ANDA??
KEBAIKKAN BATUK UNTUK JANTUNG
Apabila seseorang batuk dengan kuat, dia sebenarnya sedang
mengepam darah pada seluruh badan dan otak. Batuk yang dilepaskan mengikut
tempoh masa tertentu akan membuatkan pesakit tersebut berada dalam keadaan sedar
dan mencapai kadar denyutan yang berkesan.
KEPENTINGAN SINARAN MATAHARI
Sebenarnya, sinaran matahari membantu menghasilkan vitamin
D. Selain itu, ia juga penting untuk mengelakkan beberapa jenis kanser
berbahaya. Contohnya, sekiranya kita kurang terdedah kepada matahari sehingga
10% ia mampu mengelakkan pertumbuhan kanser payu dara. Pengurangan sebanyak 7%
- 12% pula boleh mengakibatkan kanser usus.
MANFAAT TIDUR DALAM GELAP
Tidur dalam kegelapan mampu mencegah penyakit seperti
kanser payudara atau kanser prostat. Hal ini demikian kerana hanya dalam
keadaan yang gelap tubuh dapat menghasilkan hormon melantonin yang dapat
mencegah penyakit. Cahaya pada masa tidur (malam) menyebabkan hormon semakin
lemah.
MAKLUMAT PENTING UNTUK PEMBACA
LANGKAH UNTUK MENGHILANGKAN BEKAS GIGITAN
NYAMUK
Bagi menghilangkan rasa gatal itu, hanya
sediakan satu sudu makan garam. Seterusnya, masukkan ke dalam dua sudu makan
air. Pastikan garam tersebut tidak larut. Akhir sekali ambil garam tersebut dan
sapu pada bahagian yang gatal.
TIP UNTUK MENGHILANGKAN LIPAS
Ambilkan beberapa biji buah pelaga dan letakkan di kawasan yang
banyak lipas. Justeru itu, ia akan membantu menghalau atau membunuh lipas.
CARA UNTUK MENGHILANGKAN RASA PANAS BADAN
Caranya dengan menggunakan buah kembang
semangkuk. Pertama, masukkan 3 biji buah kembang semangkuk ke dalam gelas.
Kamudian, biarkan ia selama 4 jam dan seterusnya buah tersebut akan mengembang.
Akhir sekali boleh masukkan sedikit gula dan minum sehingga badan terasa sejuk.
PANDUAN MENGHILANGKAN BEKAS MAKANAN
Bagi menghilangkan bau makanan yang
melekat pada bekas makanan plastik adalah mudah. Ia hanya dengan merendamkan
beberapa helai kertas surat khabar ke dalam bekas makanan tersebut selama beberapa
jam.
Langgan:
Catatan (Atom)